Khamis, 6 Ogos 2009




MISI JPP :-

Membangun dan menyelenggara prasarana universiti dengan efisien dari segi kos dan masa ke arah persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajian.

VISI JPP :-

Untuk menjadikan pengurusan fasiliti UMS memenuhi tahap kecemerlangan visi Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Serantau dan Antarabangsa Menjelang 2020.


Pengenalan :-

Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan Universiti Malaysia Sabah (JPP) bertanggungjawab ke atas keseluruhan pembangunan universiti. Pada bulan Ogos 2001, JPP telah melaksanakan penstrukturan dalaman jabatan. Penstrukturan ini dijalankan untuk mengatasi masalah pembayaran tertunggak, di samping memperkemaskan lagi pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan.

JPP kini dibahagikan kepada sepuluh sektor penting iaitu Sektor Perkhidmatan Pentadbiran, Sektor Kewangan JPP, Sektor Pengurusan Aset & Kenderaan, Sektor Arkitek, Sektor Mekanikal & Elektrikal, Sektor Kejuruteraan Awam & Struktur, Sektor Kontrak & Ukur Bahan, Sektor RMKe-9, Sektor Pengurusan Kawalan Ruang & Tanah, Sektor Perkhidmatan Landskap & Kawalan Perosak dan terdapat dua seksyen di bawah Sektor pentadbiran iaitu Seksyen Pengurusan Majlis & Keraian dan Seksyen Perkhidmatan Pelanggan. Ini seterusnya mewujudkan pengkhususan dan membolehkan JPP bergerak secara cekap dan berkesan.